Sabtu, 5 Mei 2018

Cara Semak Powerbank Pineng Dan Xiaomi Yang Tulen



Isu barangan elektronik tiruan sudah berlaku sejak sekian lama dan salah satu peranti yang kerap dipalsukan adalah powerbank.

Bagi menangani masalah itu, pihak kerajaan menerusi KPDNKK telah mewajibkan penjualan alat elektronik tersebut mendapatkan pensijilan daripada SIRIM terlebih dahulu.

Cara semak produk Pineng yang tulen

  • Semak label pengesahan dibelakang kotak bungkusan
  • Goreskan label yang berwarna kelabu
  • Dapatkan 16 digit kod pengesahan
  • Semak kod pengesahan tersebut dilaman Pengesahan Produk Pineng



Kenal pasti produk tiruan


  • Menggunakan laman pengesahan seperti www.pineng315.com, www.pineng.info atau www.pineng.xyz. Ketiga-tiga laman ini adalah palsu.
  • Kotak bungkusan tidak mempunyai label pengesahan.
  • Tiruan sekiranya tiada kod pengesahan selepas digores.
  • Tiruan sekiranya kod pengesahan sudah disemak berulang kali.
  • Tiruan sekiranya kod pengesahan dibekukan.
  • Tiruan sekiranya kod pengesahan bermula dengan nombor “9”. Tulen akan bermula dengan nombor “2”.

Xiaomi

Cara semak powerbank tulen Xiaomi




  • Tiada logo pada kabel USB Mi Powerbank.
  • Bateri yang digunakan adalah dari LG. Powerbank tiruan gunakan jenama lain.
  • Papan Litar Bercetak atau PCB yang asli berwarna biru manakala tiruan menggunakan warna yang berlainan.
  • Semak 20 digit kod pengesahan di laman Pengesahan Produk Mi
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: