Jumaat, 4 Mei 2018

Cara Semak Dokumen Daftar Pemandu Uber



Cara Semak Dokumen Daftar Pemandu Uber |  Sebelum ni salah dah kongsikan cara bergambar untuk daftar sebagai pemandu uber di Malaysia. Senang sahaja cara untuk buat uber driver registration ni secara online dan percuma sahaja. Tetapi, macam mana nak tahu permohonan anda telah lulus atau tidak kan.

Pendaftaran sebagai pemandu uber ada dua peringkat. Satu, tuan kena upload dokumen kepada uber sepeti dalam panduan yang saya telah bagi dalam link di atas. Jika dokumen yang anda masukkan telah di terima oleh uber, barulah pihak uber akan menyemak permohonan pemandu uber anda dengan JPJ/SPAD/POLIS di mana rekod-rekod jenayah anda akan di semak. Jika ada kes polis sebelum ni, akaun anda tidak akan diluluskan untuk keselamatan pemandu.

Jadi, perkongsian kali ini ialah untuk menyemak dokumen yang tuan bagi kat uber di terima ke tidak kerana ada dokumen yang tak di terima kerana kurang jelas, salah dokumen dan dokumen tak lengkap. Pastikan dokumen yang diberikan lengkap terutamanya cover note kerana ramai yang sangkut dekat cover note kerana tak cukup info.

Cara Semak Dokumen Daftar Pemandu Uber

Ini adalah cara untuk semak dokumen permohonan pemandu uber telah di luluskan oleh uber atau tidak setelah anda upload dokumen tersebut.

1. Klik link ini: http://partners.uber.com




2. Login guna email yang telah di daftarkan dengan Uber



3. Masukkan password



4. Jika keluar paparan seperti di bawah, maknya dokumen anda telah di terima dan di luluskan oleh Uber. Tuan kena tunggu sahaja email uber setelah akaun pemandu uber aktif. Tuan tak perlu buat apa-apa sehingga langkah ini.



5. Jika selepas langkah 3, keluar gambar seperti di bawah, bermakna ada dokumen yang tuan hantar ke Uber telah di tolak oleh Uber. Tuan kena bagi dokumen itu sekali lagi ( ambil gambar dokumen sekali lagi dan upload ). Dalam kes ni, gambar IC di tolak oleh Uber. Tekan tanda seperti gambar di bawah.




6. Tekan TAKE PHOTO. Pastikan gambar IC telah ada dalam telefon anda.




7. Cari gambar IC dalam phone anda. Jika guna Huawei, pilih Documents. Jika phone lain, lain caranya di mana gambar IC telah anda simpan.




8. Tekan Gallery ( untuk Huawei )



9. Saya simpan gambar IC dalam Whatsapp Images



10. Cari gambar IC dan tekan butang/tanda right sebelah atas kanan.



11. Pastikan kesemua gambar mempunyai tanda seperti di bawah. Tekan CONTINUE




12.  Tuan telah siap upload gambar yang baru. Tekan GET THE APP untuk download uber driver app




Sekarang tuan sudah tahu cara semak dokumen daftar pemandu uber telah diluluskan oleh uber atau tidak. Tuan boleh semak panduan ini setelah beberapa jam ( selepas 3 jam ) tuan hantar permohonan untuk mendaftar akaun uber driver. Jika dokumen tuan telah ditolak uber, tuan kena ambil gambar lagi sekali dan upload ke uber.

Jika tuan semak, semua dokumen telah diluluskan oleh uber, tuanboleh lega sikit. Uber akan hantar permohonan tuan ke JPJ/SPAD/polis untuk buat semakan kes-kes jenayah. Setelah pihak berkenaan luluskan, barulah permohonan tuan sebagai pemandu uber di lulus.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: