Selasa, 28 November 2017

Cara SEMAK Dan Daftar BRIM 2018 Online

Cara SEMAK Dan Daftar BRIM 2018 | Saat di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sudah tiba, BRIM 2018 boleh diisi dan disemak sekarang. Selain itu, terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BRIM seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2018 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima.  Wahh berita gembirakan?? Maklumat semakan BRIM 2018 akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Semakan Keputusan Status Permohonan BRIM 2018

Semakan status BRIM 2018 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-



1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BRIM 2018.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123

Status Permohonan

Antara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Anda boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Borang Rayuan BRIM 2018

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BRIM 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BRIM 2016 :-
Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BRIM secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BRIM tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.








Borang Permohonan BRIM 2018 Online

Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2018 akan dibuka pada 27 November hingga 31 Disember 2017 di https://eBRIM.hasil.gov.my/ dan pautan direct klik link https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
* Penerima BRIM sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BRIM 2018 adalah disertakan di bawah ini.



SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Tarikh Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM400
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM400
  • Ansuran Ketiga :Ogos2018 : RM400
  • Ansuran Keempat :Tiada

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM400
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM400
  • Ansuran Ketiga :Ogos 2018 : RM400
  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM300
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM300
  • Ansuran Ketiga :Ogos2018 : RM300
  • Ansuran Keempat

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018
Semoga bermanfaat. Isi online sekarang BRIM 2018 sebelum terlambat.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: