Ahad, 12 November 2017

Cara SEMAK Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda



Cara SEMAK Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda | Sebelum membeli rumah idaman anda, adalah penting untuk anda semak melihat kelayakan pinjaman perumahan anda supaya anda akan lebih yakin serta tidak membuang banyak masa dan tenaga. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda pastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.

 1. Pastikan anda mepunyai rekod CCRIS yang baik. CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan rekod bayaran pinjaman anda sama ada pinjaman kereta, kad kredit, peribadi mahupun rumah yang sedia ada. Anda boleh semak laporan CCRIS anda di Bank Negara Malaysia. Adalah penting mempunyai rekod bayaran yang baik untuk meyakinkan pihak Bank agar meluluskan permohonan pinjaman anda.

 2. Pastikan anda juga bebas dari CTOS atau dalam bahasa yang mudah disenarai hitam. Jika anda mempunyai CTOS, maka adalah WAJIB untuk membuat pembayaran segala hutang yang tertunggak sebelum berkira-kira untuk membeli rumah.

 * Kadangkala anda tidak sedar anda mempunyai rekod CCRIS yang tidak cantik mahupun CTOS disebabkan anda menjadi penjamin kepada adik-beradik ataupun saudara-mara.


 3. Seterusnya, anda boleh mengira sendiri anggaran kelayakan jumlah pinjaman anda bergantung kepada jumlah gaji serta komitmen anda atau lebih popular dikenali sebagai DBR (Debt Burdern Ratio).  Ketika artikel ini ditulis, pihak Bank Negara hanya mengambil kira gaji bersih sahaja. Untuk memudahkan anda membuat kiraan, saya akan memberikan contoh kes. Bagi mengira jumlah bayaran bulanan rumah/hartanah yang anda mahu beli, anda boleh menggunakan mana-mana Mortgage/Loan Calculator  manakala kadar faedah terkini bank-bank di Malaysia boleh disemak di sini:

http://www.adhartanah.com/kalkulator-pinjaman/


Kes 1
Gaji Bersih: RM3,000
Bayaran bulanan kereta: RM700
Bayaran bulanan pinjaman peribadi: RM400
Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1200 (Berdasarkan harga Rumah  RM235,000, Faedah 4.5% serta pinjaman selama 30 tahun)
Komitmen / Gaji Bersih %     :   RM800 + RM400 + RM1200 / RM3000 x 100  =   76.67 %


Kes 2
Gaji Bersih: RM3,500
Bayaran bulanan kereta: RM800
Bayaran bulanan untuk pinjaman perumahan yang akan dibuat: RM1000 (Berdasarkan harga Rumah  RM200,000, Faedah 4.4% serta pinjaman selama 30 tahun)
Komitmen / Gaji Bersih %     :   RM700 + RM1000 / RM3500 x 100  =   51.42 %

Jika anda mempunyai DBR 60% ke bawah (seperti Kes 2), peluang anda untuk mendapat pnjaman boleh dikatakan cerah. Jika anda mempunyai atas DBR melebihi 70% (seperti kes 1), anda mungkin sukar mendapat pinjaman atas alasan “komitmen yang  Tinggi”. Walaupun begitu, sesetengah bank meletakkan DBR yang sangat rendah antara 40-50%. Jadi, semakin rendah DBR anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat pinjaman. Seandainya anda tergolong dalam golongan yang mempuyai komitmen Tinggi, dokumen-dokumen berikut mengkin dapat membantu anda meyakinkan pihak bank:
  • ASB
  • Akaun Tabung Haji
  • Fixed Deposit
  • Tenancy Agreement
  • Akaun Emas/Perak
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: