Rabu, 27 September 2017

Cara SEMAK Tracking Pos Laju Online Dan SMS
Cara SEMAK Tracking Pos Laju Online Dan SMS | Pos Laju ada menyediakan perhidmatan menjejak (tracking) atau mengesan shipment setiap kiriman. Perkhidmatan tracking membolehkan anda menyemak status sebarang kiriman Pos Laju pada bila-bila masa - bila ia dihantar, dari mana ia dihantar, apa proses yang dilalui, dan di mana ia berada sekarang.


Apa yang anda perlukan ialah consignment number yang tertera pada nota kiriman (consignment note) a.k.a resit Pos Laju. Gunakan nombor ini sebagai nombor tracking (tracking number).

Semakan status atau tracking kiriman Pos Laju boleh dibuat secara online, melalui Facebook dan juga SMS.

                                                   Tracking number pada nota kiriman

Tracking Kiriman Pos Laju Secara Online 

Semakan status penghantaran boleh di buat secara online menerusi laman web Track Trace Pos Laju, di pautan berikut:

http://poslaju.com.my/track-trace-v2/ 

Berikut adalah langkah-langkah menyemak status kiriman Pos Laju:

1. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor.

2. Tekan butang "TRACK". Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.

3.Klik pada tracking number untuk melihat maklumat yang lebih lengkap. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses/tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasinya (di pejabat pos di mana proses tersebut dibuat).

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui Facebook 

Sila PM (private message) nombor tracking (atau sebarang pertanyaan) ke laman Facebook customer service Pos Malaysia Berhad di pautan berikut:

https://www.facebook.com/AskPos 

Pegawai khidmat pelanggan PosLaju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin - Jumaat di antara jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS 

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk check tracking number Pos Laju kiriman anda. Langkahnya seperti berikut:

Taipkan: PLjarak[Tracking Number] 

Contoh: PL EF667590069MY Hantarkan SMS ke 33333

Hanya untuk pengguna Celcom, Maxis dan DiGi. RM 0.50 akan dicaj untuk setiap SMS.

Semoga maklumat track & trace atau jejak & kesan Pos Laju ini berguna buat para pembaca yang menggunakan Pos Laju untuk menghantar barang, dokumen atau bungkusan.
Cara SEMAK ASB Online Melalui MyASNB
Cara SEMAK ASB Online Melalui MyASNB | Semakan ASB secara online. Terkini, Amanah Saham Bumiputra (ASB) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan, keluar duit atau kemaskini. Jadi tiada lagi cetakan rekod transaksi dan juga baki terkini dalam buku akaun yang boleh disemak / rujuk.




Walau bagaimanapun semakan masih lagi boleh dilakukan, iaitu di kaunter dan juga secara online melalui Portal MyASNB. Bukan hanya ASB, malah portal ini memberi akses kepada kesemua produk unit amanah ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

www.myasnb.com.my/ 

Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan MyASNB, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna MyASNB menerusi laman web di atas.

Cara Mendaftar Dengan Portal MyASNB Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun MyASNB:

1. Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB.  Kemaskini nombor telefon bimbit dan dapatkan nombor ahli baharu 12 digit. Nombor telefon diperlukan untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) semasa mendaftar.

2. Pergi ke www.myasnb.com.my/.

3. Skrol ke bawah dan klik pada butang hijau "DAFTAR DI SINI".

4. Ikuti langkah-langkah seperti di arahkan untuk mendaftar. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.

5. Lakukan log masuk kali pertama dengan menggunakan ID Pengguna yang anda daftarkan dan kata laluan sementara. Tukar kata laluan kepada yang baharu.

6. Akhir sekali, log masuk menggunakan kata laluan baharu untuk mula mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh myASNB.


Senarai Perkhidmatan Online MyASNB 

Berikut adalah diantara servis yang ditawarkan oleh portal MyASNB:

- Kedudukan Pegangan Portfolio – memaparkan baki unit berserta nilai terkini bagi pelaburan tunai setiap produk amanah ASNB anda. Buat masa ini, ia tidak termasuk kedudukan pegangan pelaburan melalui sijil dan pelaburan melalui KWSP.

- Rekod Transaksi – memaparkan butiran urusniaga unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

- Status Transaksi – memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui Portal MyASNB sepanjang 90 hari yang lalu.

- Pelaburan Tambahan – melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian. Kemaskini maklumat peribadi.

Semoga maklumat mengenai cara menyemak transaksi dan baki akaun bagi produk-produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berguna buat para pembaca.
Cara SEMAK Peniaga Berdaftar Di SSM
Cara SEMAK Peniaga Berdaftar Di SSM | Sebagai pembeli, kita mungkin pernah melihat peniaga online memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka tetapi bagaimanakah kita nak tahu apa yang dipaparkan itu adalah betul ?




Ramai yang dah tahu, peniaga online juga perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berikutan arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun 2014.

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Cara menyemak peniaga berdaftar SSM:

1. Pergi ke masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), http://www.ssm-einfo.my.

2. Jika anda belum pernah mendaftar dengan portal tersebut, buat pendaftaran terlebih dahulu.
Cari "Register e-Account" dan tekan butang tersebut;
Isi maklumat yang diperlukan “e-Registration Form“, dan tekan submit;
Anda akan menerima pesanan “Please login now“

3. Login dengan Nama Pengguna (username) & Kata Laluan (password), jika anda terlupa ia ada dihantar ke email anda.

7. Selepas login, tekan ikon “Search“

8. Sila masukkan nama syarikat yang anda cari (By Name) atau no pendaftaran syarikat dan butiran maklumat akan keluar jika ianya berdaftar dengan SSM, jika tiada maklumat maka itu bermakna syarikat tersebut tidak tersenarai berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pastikan anda tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Jika anda ditipu oleh peniaga yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), login ke akaun SSM anda, beli "Business Profile" SSM yang mengandungi maklumat perniagaan, alamat perniagaan dan juga pemilik perniagaan tersebut. Anda perlu membayar RM13 kepada SSM untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Selepas itu, buat laporan polis bersama-sama maklumat tersebut.

Cara SEMAK Scammer Online
Cara Semak Scammer Online | Bagaimana cara nak semak akaun scammer online atau lebih tepat lagi peniaga atas talian yang sering menipu pelanggan mereka. Mereka ini sengaja mengambil kesempatan dan berpura-pura menjual barang di mana-mana platform seperti facebook, twitter, instagram, mudah dan lain-lain.




Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja melancarkan sebuah portal semakan baru untuk membolehkan orang awam menyemak terlebih dahulu akaun bank peniaga online penipu yang pernah dilaporkan kepada pihak Polis.

Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.

Cara Semak Scammer Online

1-Klik sini http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

2-Anda boleh semak melalui 2 cara iaitu, dengan memasukkan no akaun bank atau no telefon yang anda nak semak.

3-Klik butang semak maklumat sebelum apa-apa maklumat dipaparkan.

Jika peniaga ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat, anda boleh menyemaknya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh membaca cara-cara menyemak senarai peniaga berdaftar dengan SSM disini. Cara menyemak peniaga berdaftar SSM. Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.

Selasa, 12 September 2017

Sistem Semakan Online PDRM
Sistem Semakan Online PDRM | Tahukah anda PDRM telah menyediakan satu aplikasi sistem untuk memudahkan pengguna menyemak segala hal berkenaan PDRM. Jom semak laporan polis secara online dengan mudah. Pengguna berpeluang untuk menyemak status laporan polis melalui Sistem Semakan Online (SSO). Sistem sangat mudah digunakan dan mesra pengguna. Semakan boleh dibuat memalui online sahaja. pihak PDRM telah menyediakan satu sistem yang amat berkualiti dan efektif untuk pengguna.

Sistem Semakan Online PDRM
Sistem Semakan Online PDRM


Sistem Semakan online (SSO)

Sistem Semakan Online (SSO) telah dibina untuk memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan efektif dan efisen. Melalui aplikasi Sistem Semakan Online(SSO) ini, pengguna boleh menyemak Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesan Am pada bila - bila masa sahaja. Senangkan?? tidak perlu lagi anda pergi ke setiap balai polis yang berdekatan untuk beratur panjang dan membuang masa sahaja. 

Untuk permulaan anda perlu Klik SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM dan isikan data anda yang perlu.

Bila sudah masuk dalam sistem berkenaan, pengguna hanya perlu klik pada Pendaftaran Baru untuk akses ke Sistem Semakan Online (SSO) dan seterusnya memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan. Cukup-cukup mudah dan senang.

Sedikit pengetahuan, Aplikasi ini ditubuhkan berdasarkan maklum balas penduduk awam yang sering berhadapan dengan kesulitan berhubung dengan pegawai penyiasat, sistem manual yang mengambil masa, bermain dengan masa dan kemusyikilan berhubung prosedur untuk maklum balas laporan polis. Oleh itu pihak PDRM telah menyediakan satu aplikasi Sistem Semakan Online secara terus atas talian dengan mudah dan selamat.

Adakah anda berasa artikel Sistem Semakan Online PDRM ini membantu anda dalam menguruskan hal berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia? Jika Ya silakan tinggalkan komen atau klik button share dan kongsikan kepada umun. Semoga artikel ini dapat membantu anda dan memudahkan kerja anda.

Selamat Maju Jaya dan selamat menyelesaiakan hutang anda jika ada.

SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM - SEMAK LAPORAN POLIS SECARA ATAS TALIAN