Sabtu, 20 Januari 2018

Semak Status Halal Secara Online dan SMS
Semak Status Halal Secara Online dan SMS | Menjadi suatu kewajipan bagi umat islam untuk mencari dan memakan makanan halal. Pihak JAKIM terpanggil untuk realisasikan kemudahan yang cepat dan tepat untuk penggunanya menyemak status halal terhadap sesebuah kedai atau restoran atau makanan. Setiap umat islam wajib untuk mencari makanan halal.

 “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)"

Semak Status Halal Secara Online dan SMS



Satu-satunya Logo Halal yang diiktiraf di Malaysia
Satu-satunya Logo Halal yang diiktiraf di Malaysia

Dengan adanya cara semak halal secara online dan sms dapat mengurangkan rasa was-was pengguna terhadap produk tersebut dan memberi kesahihan yang original tentang Maklumat halal itu sendiri serta keyakinan terhadap sesuatu produk.

Semakan Status Halal secara online

Berikut adalah senarai untuk buat semakan Halal :-


Semakan secara SMS

Selain itu, jika anda merasa ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga membuat semakan dengan telefon bimbit anda sahaja, caranya : -

  • Taip HALAL<jarak> SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat - ROC] dan SMS ke 15888.
Maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.mysms.gov.my.
Semoga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam dalam memilih makanan yang Halal. 

Semoga artikel Semak Status Halal Secara Online dan SMS dapat membantu anda dalam memilih produk halal dan silakan share kepada rakan-rakan.

Jumaat, 19 Januari 2018

Semak bil air SYABAS Online
Semak bil air SYABAS Online | Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyarankan pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan & Putrajaya membuat bayaran bil air bulanan mereka secara perbankan secara online.  Anda boleh membuat semakan dan bayaran bil syabas hanya secara online saja, mudahkan.



First step, anda boleh ke website "SYABAS" dan klik "your water bill" . Selepas itu anda boleh register atau "views bill online"



Ataupun terus klik https://www.syabas.com.my/ocsp_land/index.html.



Selepas itu anda perlu "login/register" dan seterusnya "New User Registration".

Selepas itu anda perlulah masukan segala butiran ditempat kosong dan klik "Register Now".

artikel berkaitan :

SAPS Semakan Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan




Selepas anda tunggu untuk verify akaun di email anda. Selepas klik verify dan aktifkan akaun adan, anda bolehlah login seperti biasa dan boleh membuat semakan dan bayaran bil syabas secara online.


Ok sudah selesai, portal SYABAS juga menyediakan service-service sewaktu dengannya, anda boleh semak sendiri. Semoga artikel Semak bil air SYABAS Online dapat membantu anda dalam membuat bayaran bil syabas secara online.

Jumaat, 12 Januari 2018

SAPS Semakan Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan
SAPS Semakan Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan | SAPS ibu Bapa ialah merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang telah diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem SAPS ini bagi memudahkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan sekolah. Sistem ini berkerja untuk memudahkan Guru-guru Key-in Markah dan disemak oleh ibu bapa pelajar masing-masing.



Kali ini blog semak akan memudahkan kerja ibu bapa untuk menyemak markah peperiksaan anak-anak dengan login sistem SAPS >> KLIK SINI <<

dan lihat tutorial

Cara Membuat semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat Semakan. SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:

Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .

Semakan keputusan peperiksaan: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .

Key in markah pelajar: https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php


2. Anda akan dibawa pada paparan seperti berikut:

 saps


3. Selepas itu,masukkan no kad pengenalan atau sijil lahir pelajar. (Jika no kad pengenalan salah,klik sini). Masukkan no. kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”.

4. Pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Seterusnya, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan.

5. Selepas itu, klik semak.
Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.



Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Jom buat semakan SAPS Ibu Bapa kepada anda. Kongsikan artikel panduan ini kepada rakan-rakan guru anda dan juga kepada rakan ibu bapa lain.

Ataupun, boleh rujuk jadual di bawah ini jika anda memerlukan bantuan.



Terdapat juga beberapa aduan yang mengatakan pengguna gagal memasuki sistem saps. Antara sebab yang terjadi adalah masalah sambungan private. Ini adakalanya berlaku. Jangan risau, blogsemak akan tunjuk cara atasinya.

Jika anda mendapat “Your conection is not private“, ikut langkah berikut.

klik “Advanced” seperti gambar di bawah.



Kemudian klik “Proceed” seperti gambar di bawah.








Selamat membuat semakan keputusan melalui SAPS dan terima kasih kerana membaca panduan SAPS Semakan Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan di blogsemak.

Ahad, 7 Januari 2018

Cara Semak Tracking GDex Online


Cara Semak Tracking GDex | Penghantaran barang menggunakan khidmat GD EXPRESS atau GDex adalah salah satu alternatif perkhidmatan kurier. Barang yang dipos akan terus dihantar ke pintu rumah ataupun pejabat anda.

Kini, status penghantaran barang melalui servis GDex juga boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan ini, tracking barang yang dihantar akan menjadi lebih mudah dan pantas dengan hanya memasukkan Consignment Note Numbers iaitu.


  • GDex Tracking No
  • Customer Reference No

Antara maklumat yang boleh kita dapati melalui perkhidmatan GDex e-Tracking ini adalah:


  • Tarikh barang dihantar
  • Proses-proses penghantaran
  • Lain-lain aktiviti berkenaan barang tersebut

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat GDex. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa.

Cara Semak Tracking GDex
Masukkan nombor tracking kurier (Consignment Note Numbers) pada kotak semakan yang disediakan.

  •  Nombor tracking tidak perlu dijarakkan.
  •  Boleh masukkan sehingga 20 nombor yang hendak disemak dalam satu masa.
  • Asingkan setiap nombor tracking dengan line baru atau butang <enter>

Tekan button ‘TRACK’.
Lihat status dan maklumat lanjut tentang barang yang dihantar.